IZINKAN SAYA BERDRAMA



Harini sekali lagi sis nak share satu sharing by Sis nisa. #KakNisaKiut

Jika orang bercakap negatif tentang usaha kita, abaikan. Jika orang bercakap benda itu susah, sukar, payah, abaikan. Jika orang bercakap perkara itu takkan boleh dicapai, abaikan.

Kita tahu usaha kita. Kita tahu Allah akan bantu. Kita ada Tuhan yang kita berserah segalanya. 



Harini izinkan sis berdrama. Hahaha.. Oleh kerana sis penuh drama. Sikit nak nanges, sikit nak ciwek Kate oghang jawe.. So.. Alang2 semoga drama hidup sis beri manfaat pada oghang lain. 


Cakap orang2 yang negatif ni kan, memang buat kita termanggu tanpa usaha. Mereka dah biasa tak buat apa-apa dan bercakap bercakap bercakap. Sebab itu mereka tiada apa-apa selain bercakap.

First sis belajar PEKAKKAN TELINGA pada kata2 negatif walaupun datang dari keluarga kita sendiri. Jom jadi 'pekak' dan terus melangkah menuju impian 💪 Tapi kene pikir gak kengkadang tu betul ape oghang kate.. Kalau tak betul tu kita kene PEKAKKAN TELINGA tapi KALAU betul ambil sebagai ILMU berharga.

Sebab itu kita perlu sentiasa bersyukur ujian ataupun nikmat yang datang pada kita. TUHAN atur untuk kita belajar sesuatu. Kita takkan sedar sampai waktu TUHAN izinkan untuk kita sedar.

Jadi SYUKUR ade manusia sekeliling kita untuk menengur kita tanpa sedar. TANPA mereka mungkin kita tak sedar2 silap kita. SYUKUR akan lahirkan bahagia. SYUKUR akan buat kita memberi dengan KASIH SAYANG. 

Sebab itu KITA kalau benci, benci pada PERBUATAN bukan pada orangnya. Boleh jadi orang tu akan tolong kita suatu hari nanti. Sis banyak belajar. Korunk kalau agak2 sis kejap panggil diri sis adah, kejap panggil diri sis "sis" itu normal.. Sis memang begiteww..😁

Baik sambung balik part tadi tak habis gi. Benci pada PERBUATAN. Kerana Tuhan suruh kita Saling menyayangi yang di bumi baru yang di langit akan menyayangi kita. Jadi buang EGO JAUH2. Sis memang share ni untuk diri sis. Sis mudah down, mudah sedih dan mudah ingat balik perkara2 sedih. WALHAL kita dah maafkan. Itu normal tapi LUAR BIASA kita akan jadi bila kita merintih, menangis untuk memaafkan.. LUAR BIASA HEBAT.. 👍💪💪🌹

ANDA memaafkan dalam keadaan adah terlalu sedih terlalu kecewa dengan tindakan orang ANDA LAH WIRA sebenar. KUAT kerana kejian dan hinaan kerana yakin datang bila kita PERCAYA TUHAN LAH yang memungkinkan segalanya untuk kita jadi lebih baik. 

KERANA syurga itu bukan PERCUMA dan kerana syurga itu MAHAL. Always bila sis share sis akan nanges sebab sis adalah antara orang yang sentiasa buat silap, kurang bersyukur dan ingat silap orang, WALHAL sis sendiri penuh kesilapan. 😭😭

Semoga TUHAN mengampuni silap dan dosa sis kat dunia ni. ❤️


Baik, Takmo sedih lelame. Sis dah penat nak sedih lelame xde keje. Xproduktif. Nanges puas2 tak kisah walau ade oghang cakap tak elok nanges kuat2 tapi kalau itu je jalan yang boleh legakan hati kita nanges kuat2 dan cakap.. LEMAHNYA AKU... TANPA TUHAN.


THEN BANGKIT DENGAN BERSEMANGAT.. 😊💪💪💪💪💪
Kita beri semangat pada diri dan orang sekeliling untuk kita lebih maju kehadapan. 

HORMAT pada perasaan orang lain namun YAKIN setiap orang ade jalan dia sendiri untuk lalui LIKU2 KEHIDUPAN. Ingat TITIK TOLAK KEJAYAAN kita adalah hasil dari SAKIT DAN KESUSAHAN yang orang beri pada kita. DOAKAN mereka. KUATKAN DIRI KITA.

Kita TANPA mereka tiada apa. Mereka TANPA kita pun tiada apa JIKA hanya ITU yang TUHAN izinkan. TETAPI KITA TANPA TUHAN.. tiada apa yang boleh kita banggakan.

BAGI Muslim kita pegang kata2 ni:
"WITHOUT ALLAH I AM NOTHING"

Most of the time kata2 ni adalah betul :
"BUAT SESUATU, dengan TERBAIK, buat sampai HABIS"

"REZEKI kita mungkin berlainan CARA. TAPI dalam rezeki kita. ADE rezeki orang lain".

Selalulah memberi..❤️🤗

Sedekah mahupun hadiahkan walau sepotong DOA. walaupun sekecil ILMU. Walau sebuah SENYUMAN. Walau sepotong NASIHAT. Walau bantuan/sokongan semudah MEMBELI mahupun menggembirakan dengan MENGHADIAHKAN kata yang baik2 semudah "Wahh..bagus ape yang awak buat, satu masa saya akan cuba". Sekecil2 kebaikan TUHAN nampak dan MAHA MELIHAT. 


#sebarkankebaikan #senyumkeranaduniatakselaluindahtapisenyumanawakyangterindahTuhanberikan #adahazeez0133941828

Comments