KOLAM JIWA KEKUATAN TERBESAR DIRI

MasyaAllah selamat pagi semua..🤗

Harini hari yang sungguh indah..kalau kat tempat adah ni bunyi kicauan burung.. Bunyi ayam berkokok.. Indah ciptaan Tuhan.

Jom sama2 banyakkan berdoa dan berzikir semoga Allah permudahkan semua urusan kita.

Satu ilmu baru adah dapat sebelum ni.. "Kolam Jiwa".. Kita berani berimpian.. Dan ibaratkan impian tu Kolam Jiwa kita..untuk tadahan air hujan.. Umpama nikmat rezeki yang Allah nak beri.

Mulakan impian sebesar mungkin.. Tanda kita yakin Allah pemberi rezeki akan kurniakan nikmat yang besar buat kita.

Normal.. , ujian pasti ade. Tapi Kolam jiwa kita kene besar sehingga menutup ujian yang hadir untuk kita terus bersemangat hadapi ujian2 di hadapan. Bila kita kata kolam pasti ianya kukuh.. Dari situ, kita cuba kukuhkan benteng pertahanan kita. Iaitu amal dan niat.

Adah share untuk sama2 kita ambil semangat. Adah pun tak kuat.. Tapi adah yakin..disebalik setiap ujian Allah akan hadirkan kekuatan pada waktu yang tepat. Cuma bersabar bekalan terpenting. Ade masa kita tewas.. Tapi ingat.. tewas sekali 1000x kita bangkit.. Kerana hidup adalah perjuangan berterusan selagi kita bernafas di bumi Tuhan. 

Sakit, jatuh, kesilapan adalah rencah perjuangan.. Perjuangan kehidupan tetap perlu diteruskan. Berani bangkit.. 💪💪💪🌹❤️


Adah Azeez, 
From Klang. 
With Love. 🌹❤️💎


#kitajagakita #Anyonecanbuy #jomsihatdancantiksama2 #jusmanggabotani #qarissakgperepat #QarissaKapar #qarissaklang #qarissameru #doaygbaik2 #djs #kbe #Kbeawesome #sihatdancantikluarandandalaman #LUVY #femininewash #bestfemininewashLUVY #TeamMamarose #teammoneyempire 

Comments